Friday, December 28, 2012

KOD BIDANG MOF YANG BOLEH DIBUAT DARI RUMAH

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan dengan kerajaan tidak semestinya mempunyai premis perniagaan yang terletak di lokasi yang canggih seperti KLCC atau mahal tetapi kita boleh saja memulakan perniagaan pertama kita dari rumah mengikut kesesuaian budget kita malah ramai jutawan senyap memulakan langkah pertama perniagaan mereka dari rumah sahaja!

Dengan memiliki Lesen MOF dan ePerolehan, anda mempunyai kelebihan untuk bersaing mendapatkan kontrak bekalan dan perkhidmatan Kerajaan melalui Pembelian Terus, Sebutharga, Tender, Kontrak Pusat, Kontrak Kementerian dan ebidding di dalam kesemua 25 Kementerian dan Jabatan Kerajaan di seluruh Negara secara online.

Anda juga layak untuk menyertai tender dan sebutharga yang di keluarkan oleh Majlis perbandaran seperti DBKL, MPAJ, DBI, Badan-Badan Berkanun Universiti, Telekom, Tenaga (TNB), Felda, Petronas dan banyak lagi.


Berikut kami senaraikan beberapa kod bidang MOF yang boleh beroperasi dari rumah kediaman :-  

010601   Kit Pendidikan

010602   Bahan Pendidikan

040101   Makanan dan Bahan Mentah Kering/Basah

040102   Makanan dan Minuman
               (Tin, Botol dan Bungkus)


040103   Makanan Bermasak (Islam)

040104   Makanan Bermasak (Bukan Islam)

070201   Tanaman/Baka/Benih Semaian

070202   Haiwan Ternakan, Bukan Temakan dan Akuatik

220503   Perkakas/Sistern Elektrik

220203   Alat Muzik, Kesenian Dan Aksesori

221305   Penyediaan Pentas/Pameran Pertunjukan,Taman Hiburan danKamival/Pestaria

221306   Artis Dan Penghibur Profesional

221510   Tempat Letak Kereta

221511   PA Sistem Dan Alat Muzik

220902   Menangkap/Menembak Haiwan

221001   Pembersihan Bangunan Dan Pejabat

221002   Membersih Kawasan

221003   Mengangkat Sampah

221005   Mencuci Kolam Renang

221006   Membersih Pantai/SungaiiTerusan/Empangan/Tasik

221010   Kolam Kumbahan/Sistem PerawataniTalian Paip/Sesalur

221101   Kakitangan Iktisas (Profesional) — Tidak termasuk khidmat perundingan

221102   Kakitangan Separa Iktisas (Semi Profesional)—Tidak termasuk khidmatperundingan

221104  Tenaga Buruh

221109   Menyelam (Diving Service)

221110   Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator/Negotiator

221112   Malim Kapal

221303   Fotografi

221401   Bangunan/Hiasan Dalaman (tidak termasuk perlanskapan dan seni taman)

221402   Hiasan Jalan/Kawasan (tidak termasuk pelanskapan dan seni taman)

221506   Bangunan/Pejabat/Stor/Ruang Niaga/Ruang Kediaman

222004   Penulisan-Semua Jenis Penulisan

222005   Mereka Cipta Dan Seni Halus

222006   Penterjemahan

222301   Solekan

222303   Membekal Air

222304   Pengurusan Jenazah Dan Kelengkapan

222401   Menjahit Bukan Pakaian
 
222402   Menjahit Pakaian dan Kelengkapan

222403   Baik Pulih Kasut Dan Barangan Kulit

222503   Homestay

222104   PertanianiTanaman/Ladang/Taman/Hutan dan Ladang Hutan

222106   Sumber Air

222107   Tatahias Haiwan

221308   Dokumentasi Dan Panduarah

Selamat memulakan perniagaan kerajaan anda dari rumah hari ini. Bila perniagaan anda telah berkembang bolehlah menyewa premis perniagaan yang lebih berprestig atau sekurang-kurangnya berpindah ke virtual office yang mempunyai alamat yang strategik.


Post a Comment