Friday, December 28, 2012

KOD BIDANG MOF YANG BOLEH DIBUAT DARI RUMAH

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan dengan kerajaan tidak semestinya mempunyai premis perniagaan yang terletak di lokasi yang canggih seperti KLCC atau mahal tetapi kita boleh saja memulakan perniagaan pertama kita dari rumah mengikut kesesuaian budget kita malah ramai jutawan senyap memulakan langkah pertama perniagaan mereka dari rumah sahaja!

Dengan memiliki Lesen MOF dan ePerolehan, anda mempunyai kelebihan untuk bersaing mendapatkan kontrak bekalan dan perkhidmatan Kerajaan melalui Pembelian Terus, Sebutharga, Tender, Kontrak Pusat, Kontrak Kementerian dan ebidding di dalam kesemua 25 Kementerian dan Jabatan Kerajaan di seluruh Negara secara online.

Anda juga layak untuk menyertai tender dan sebutharga yang di keluarkan oleh Majlis perbandaran seperti DBKL, MPAJ, DBI, Badan-Badan Berkanun Universiti, Telekom, Tenaga (TNB), Felda, Petronas dan banyak lagi.


Berikut kami senaraikan beberapa kod bidang MOF yang boleh beroperasi dari rumah kediaman :-  

010601   Kit Pendidikan

010602   Bahan Pendidikan

040101   Makanan dan Bahan Mentah Kering/Basah

040102   Makanan dan Minuman
               (Tin, Botol dan Bungkus)


040103   Makanan Bermasak (Islam)

040104   Makanan Bermasak (Bukan Islam)

070201   Tanaman/Baka/Benih Semaian

070202   Haiwan Ternakan, Bukan Temakan dan Akuatik

220503   Perkakas/Sistern Elektrik

220203   Alat Muzik, Kesenian Dan Aksesori

221305   Penyediaan Pentas/Pameran Pertunjukan,Taman Hiburan danKamival/Pestaria

221306   Artis Dan Penghibur Profesional

221510   Tempat Letak Kereta

221511   PA Sistem Dan Alat Muzik

220902   Menangkap/Menembak Haiwan

221001   Pembersihan Bangunan Dan Pejabat

221002   Membersih Kawasan

221003   Mengangkat Sampah

221005   Mencuci Kolam Renang

221006   Membersih Pantai/SungaiiTerusan/Empangan/Tasik

221010   Kolam Kumbahan/Sistem PerawataniTalian Paip/Sesalur

221101   Kakitangan Iktisas (Profesional) — Tidak termasuk khidmat perundingan

221102   Kakitangan Separa Iktisas (Semi Profesional)—Tidak termasuk khidmatperundingan

221104  Tenaga Buruh

221109   Menyelam (Diving Service)

221110   Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator/Negotiator

221112   Malim Kapal

221303   Fotografi

221401   Bangunan/Hiasan Dalaman (tidak termasuk perlanskapan dan seni taman)

221402   Hiasan Jalan/Kawasan (tidak termasuk pelanskapan dan seni taman)

221506   Bangunan/Pejabat/Stor/Ruang Niaga/Ruang Kediaman

222004   Penulisan-Semua Jenis Penulisan

222005   Mereka Cipta Dan Seni Halus

222006   Penterjemahan

222301   Solekan

222303   Membekal Air

222304   Pengurusan Jenazah Dan Kelengkapan

222401   Menjahit Bukan Pakaian
 
222402   Menjahit Pakaian dan Kelengkapan

222403   Baik Pulih Kasut Dan Barangan Kulit

222503   Homestay

222104   PertanianiTanaman/Ladang/Taman/Hutan dan Ladang Hutan

222106   Sumber Air

222107   Tatahias Haiwan

221308   Dokumentasi Dan Panduarah

Selamat memulakan perniagaan kerajaan anda dari rumah hari ini. Bila perniagaan anda telah berkembang bolehlah menyewa premis perniagaan yang lebih berprestig atau sekurang-kurangnya berpindah ke virtual office yang mempunyai alamat yang strategik.


Tuesday, December 25, 2012

Kod Bidang Khas

Memandangkan tahun 2012 dah sampai ke penghujungnya, ramai yang sedang berkira-kira untuk menambahkan kod bidang dalam lesen MOF/ePerolehan mereka termasuk mereka yang ingin meluaskan empayar perniagaan sediaada dari pembekal kepada pembuat tapi kod bidang pembuat ni tergolong dalam kod bidang khas.

Dibawah ini saya sertakan sedikit panduan untuk memohon kod bidang kategori khas tetapi semua kod bidang khas akan dilawat, maksudnya pemohon mestilah mempunyai perancangan rapi sebelum memohon  kod-kod ini.

Antara syaratnya :-

1. Syarikat hendaklah mengemukakan penyata caruman KWSP dan peta menuju ke premis.
2. Bagi bidang khas ini syarikat tidak dibenarkan beroperasi di rumah kediaman.
3. Dokumen sokongan diperlukan sama seperti permohonan baru atau tambah bidang.

Berikut adalah syarat dan dokumen sokongan tambahan/lain yang diperlukan:
Bidang Percetakan – 221001 hingga 221013 
Modal berbayar/terkumpul RM10,000.00.
Penguasaan syarikat 100% Bumiputera.
Lesen percetakan dari KDN.
Surat kelulusan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan bagi bidang 221009.

Pemilik Kapal – 221101
Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Certificate Of Malaysian Registry.

Broker Perkapalan – 221102
Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Surat Perlantikan daripada Syarikat Perkapalan.

Agen Perkapalan – 221103
Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Surat Perlantikan daripada Jabatan Kastam.

Pengangkutan Lori – 221104
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Geran dan Permit Lori.
Memiliki lori sendiri.

Agen Penghantaran – 221105
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Surat Perlantikan daripada Jabatan Kastam.

Pembungkusan – 221106
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Mempunyai stor/warehouse.

Syarikat Insurans – 221201
Modal berbayar/terkumpul RM100,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Lesen daripada Bank Negara Malaysia.

Broker Insurans – 221202
Modal berbayar/terkumpul RM100,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Lesen daripada Bank Negara Malaysia.

Stevedor – 221604
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Senarai pekerja berkelayakan

Telly Clerk – 221605 
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Mempunyai Telly Clerk yang berpengalaman.

Agen Pengembaraan – 221107
Modal berbayar/terkumpul RM100,000.00.
Penguasaan syarikat 100% Bumiputera.
Lesen daripada Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia (TDC).

Bengkel – 220116 hingga 220123
Modal berbayar/terkumpul RM10,000.00.
Polisi insuran perlindungan kenderaan pelanggan.
Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Limbungan – 220107
Modal berbayar/terkumpul RM 10,000.00.
Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Polisi Insuran Perlindungan Bot/Kapal pelanggan.

Pembuat Bot/Kapal – 190299 (P) 
Modal berbayar/terkumpul RM 10,000.00.
Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Polisi Insuran Perlindungan Bot/Kapal pelanggan.
Mempunyai Limbungan Milik Sendiri.
Mempunyai Shipway/Launch-way.

Mempunyai peralatan:-
Lathe Machine, Welding Machine, Grinding Machine, Shaping Machine, Drilling Machine, Cutting Machine, Bending Machine.
Bilik Hawa Dingin (untuk buat GRP).
Syarikat juga mestilah mempunyai kakitangan yang berkelakan:-
Marine Engineer.
Pekerja mahir/berpengalaman dalam bidang berkenaan.
Welding Specialist (with bot alluminium).





Friday, December 14, 2012

Mesti daftarkan perniagaan anda hari ini!

Ramai yang dah ada kesedaran untuk menceburi bidang perniagaan tapi tahukah anda semua perniagaan yang dijalankan secara sepenuh masa atau sambilan di rumah, internet atau pejabat perlu mendaftarkan perniagaan mereka?

kerana... kegagalan mendaftarkan syarikat & perniagaan boleh menyebabkan anda didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.


Pendaftaran perniagaan boleh dikategorikan kepada 2 jenis.

a) ROB : Registration of Business

b) ROC : Registration of Company

ROB ialah pendaftaran bagi perniagaan perseorangan, perkongsian ataupun dalam kata lain biasa disebut sebagai syarikat enterprise. Anda boleh terus ke Pejabat SMM berhampiran untuk mendaftar atau jimatkan masa anda dengan berhubung terus dgn kami, anda boleh memohon sehingga 5 tahun lesen  perniagaan.

ROC pula ialah pendaftaran bagi syarikat Sendirian Berhad, untuk tujuan ini, anda perlukan sekurang-kurangnya 2 orang penama atau maksima sehingga 50 orang sebagai Pengarah atau rakan kongsi. Walaubagaimanapun anda tidak boleh berurusan terus dengan SSM, sebaliknya perlu mendapatkan perkhidmatan daripada Setiausaha Syarikat yang berlesen. Biasanya kos penubuhan sayarikat Sdn Bhd inibermula dari RM2650-00. 

Untuk info lanjut tentang pendaftaran Sdn Bhd, hubungi AIDAQ 012-3399034.

Tips Rahsia Berbisnes dgn Kerajaan

TIP RBK #5: Salam. Jika tuan-tuan dan cikpuan ada mempunyai circle atau kawan-kawan yang sama-sama berbisnes kerajaan itu adalah satu perkara yang bagus. Cuba untuk mendaftarkan kepala bidang berbeza-beza bagi setiap syarikat antara kita dan kawan-kawan kita itu tadi. Dengan ini apabila mendapat projek kita boleh gunakan / pinjam syarikat kawan kita sekiranya kita tidak memiliki kepala bidang yang dikehendaki dan begitu juga sebaliknya.

Saturday, December 8, 2012

Tips Rahsia berbisness dgn Kerajaan

TIP RBK #6: Janganlah gelap mata dengan peluang terhidang depan mata andai ianya mampu memasukan kita ke penjara. InsyaAllah dugaan itu hanya sedikit kerana dugaan dan godaan lebih besar akan kita hadapi selari dengan perkembangan bisnes kerajaan kita pada masa hadapan. Walaupun kita mungkin dapat selamat namun percayalah duit yang kita peroleh dari bisnes yang salah caranya akan mengalami kebocoran tanpa kita tahu apa sebabnya. Ramai dah kawan saya yang jadi begini. Saya berpesan pada diri saya dan Alumni sekalian. 

Make our business clear N clean yea!

Nak tips lagi just klik kat sini : http://www.bisneskerajaan.com/hop.php?ref=rahsiatender


Thursday, December 6, 2012

Tips Rahsia berbisness dgn Kerajaan

Ramai yang kata ...susah nak bisness dengan kerajaan ni...soalnya kau dah cuba ke? kalau baru kali pertama kena reject dah mengalah tak adilkan kalau kata bisness dengan kerajaan ni susah. Kenalah yakin dgn diri sendiri, mungkin hari ini kena reject tapi takkan hari ke sepuluh pun kena reject juga!

Sebenarnya ada banyak tips untuk kita menyertai bisness dgn kerajaan ni, berikut saya senaraikan bebebrapa tips penting, kalau nak detail baca ebook yang ditulis oleh sdr Haryzat, Rahsia bisness Kerajaan.

Tip RBK#1: Salah satu tip untuk membuat kerajaan akan lebih mudah mengingati syarikat kita adalah memberikan sedikit free gift kepada pembekalan yang dilakukan kita (asingkan sedikit keuntungan untuk kos ini). Beri sumbangan pada komuniti agensi atau beri free gift pada agensi. BUKAN pada individu. Itu RASUAH!

Key: Buatkan mereka (agensi) selalu mengingati syarik
at kita apabila mereka nak beli barang dan apabila berjaya buat begini tak perlu nak melobi orang-orang tertentu. 

TIP RBK #2: Selalulah bernetworking dengan kawan-kawan yang turut sama di dalam bisnes kerajaan ataupun berkenalanlah dan berkawanlah dengan syarikat pesaing. Ini kerana banyak faedahnya.

1) Boleh mencuri senarai supplier mereka.

2) Andai syarikat kita tidak mempunyai kepala bidang yang sesuai semasa kita ada projek untuk dilaksanakan maka boleh pinjam guna syarikat mereka. Kebiasaannya kita beri komisen 5% dari nilai urusniaga. Kerana mereka perlu bayar income tax juga dari pendapatan projek kita. Kalau lebih-lebih mereka minta tu tak payah layan.

3) Kita pun boleh untung kalau kita meminjamkan syarikat kita untuk orang lain gunakan masuk projek. 5% dari nilai urusniaga kita dapat.

Dapatkan Rahsia Bisnes KerajaanKunci: Tiada kepala bidang jangan cepat runsing. 

TIP RBK #3: Jika kita membekalkan produk seperti komputer yang mempunyai pakej extended warranty, lebih baik kita beli sekali extended warranty tersebut. Ini kerana kita boleh nyatakan kepada kerajaan yang kita berikan warranty sehingga sekian lamanya. Dan paling baik jika ada sesuatu yang terjadi (rosak) kita hanya perlu call center warranty dan pihak pengeluar akan menghantar wakil mereka ke agensi untuk perbaiki alat tersebut tanpa perlu kita besusah payah nak repair sendiri. 

TIP RBK #4: Untuk teknik closed deal yang cepat dan berkesan di dalam bisnes kerajaan ini adalah mempermudahkan masalah pegawai / agensi tersebut. Seperti contoh menyelesaikan masalah kerosakan, membekalkan peralatan dan makanan untuk majlis adhhoc dan pelbagai lagi. Ingat pegawai kerajaan mahu kerja mereka cepat siap dan tiada masalah. Mereka tak mahu dimarahi bos mereka. Oleh itu cuba deal dengan sebaik mungkin supaya menampakan anda boleh membantu dan menyelesaikan masalah mereka.